Saturday, January 3, 2009

lupa

Kita ada masalah mengeja yang hampir kronik.

Damn, kita ejakannya ‘dayum’

Sayang, kita tulis ’cayunk’.

Itu, kita taip sebagai ’itew’

Lagi, apa lagi?

Kita hendak mengelakkan toll, kita lalu jalan alternatif yang sememangnya sesak dan panjang, walaupun kalau secara rawaknya, jikalau kita bandingkan kos masa dan duit toll dan minyak, dengan masa dan  minyak laluan alternatif, rasanya, laluan alternatif lagi mahal dan berlakulah pembaziran.

Senario ini, sering berlaku di toll di Eastin Hotel, PJ. Jalan nak masuk TTDI.

Tambah lagi, kita rasa bangga jika kita membuat kerja apekejadah yang sememangnya dihindarkan  dan kemudian post di Facebook 360, etc.

Tapi tak apa, nanti orang cakap, itu hak kita sebagai manusia. They use ’human rights and freedom of movement/ choice as their defences....konon.

Hak orang lain yang rasa mual, tak terpikir pulak. Hak orang nak tempat tinggal yang aman dan tidur nyenyak di waktu malam, hak orang yang tak ada dosa kena kutuk belakang, gossip dan tikam belakang dia tak pikir pulak.

Oh, lupa. Kubur sendiri-sendiri, kan?

Oh, lupa juga, kita hidup ini, perlulah saling-ingat mengingati bukan? Agar kita sama-sama tidak cuba hanyut di persimpangan dilema. (Lagu Nora!, Ok...tiada kaitan)

Kita sibuk berbuih mulut, cakap pasal perpaduan antara kaum, perlunya setiap warga Malaysia memahami antara satu sama melalui pelbagai cara,  mahu hak sama rata, tetapi beria-ia mempertahan sekolah-sekolah  jenis kebangsaan masing-masing.

Pelik,bukan?

Oh,lupa lagi, mungkin. Lupa bahawa education tanpa praktikal adalah bersamaan dengan kosong. Mereka mungkin lupa bahawa cara terbaik untuk mendidik anak-anak kecil Malaysia mengenai perpaduan adalah dengan menggalakkan mereka bergaul. Bergaul di sekolah, itu paling penting.

Orang Malaysia, secara rawaknya merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang sangat pelik.

Im on birthday cards and on a big trip,
If this woudlnt happen then id bite my lip,
But i didnt know that this was such a problem,
Its gonna get better when we solve them.
-Shout Out Louds

p/s; Im Raihan. And I have 2 hamsters. :)

1 comment:

Anonymous said...

rawak bukan random ke?
I like the post btw... tp cam...
ade sentences yg xbrape faham><
adlh mungkin penguasaan bhs mly sy tidak sehebat dulu...
hoho~