Wednesday, January 5, 2011

melaka 1

Sukacita dimaklumkan bahawa percutian ke Melaka merupakan percutian yang sukses sekali.

Hari Jumaat, merupakan hari yang penuh makna, kerana tanggal 17 Disember itu merupakan tarikh terakhir Isya menyelesaikan Intership nya.

Isya, “Tak tahan dengan office politics. Infact, the youngest man in the Office is 50 years old… bosan sangat..”.

Tarikh itu juga merupakan tarikh di mana rakan Kin, Afiq pulang ke Malaysia. Maka hari itu merupakan hari yang gembira buatnya.

Kin “Kita nak jumpa Afiq. Lama tak jumpa..”

Tarikh itu juga merupakan tarikh yang menyebabkan saya rasa KAMI masih kebudak-budakkan.

Dan tarikh itu juga merupakan tarikh manis bagi Fairuz juga, DUH!

Petang setelah solat Jumaat, Anjimin hantar saya ke rumah Isya, kelihatan Zara sangat taksub dengan Barney, sampai dia terkesima buat beberapa saat, melihat saya melakukan tarian Barney and Friends, di hadapan TV nya. (Ya, TV rumah Isya milik Zara, sebenarnya).

Setelah Fairuz tiba, kami berborak dengan ibunya yang agak sedikit pening, memandu kereta Proton Gen2.

Auntie Jamiah “ Mama tak reti la..pelik betul kereta ni”

Kin tiba setelah beberapa minit. Kereta nya bau plastik...kereta baru, nombor plat keretanya ada cerita di sebaliknya, menurut Uncle Idrus. Hahahaha.

Maka kami ucapkan selamat tinggal kepada ibu-ibu, dan bergegas ke rumah Kin di Putrajaya. Seperti biasa, ayat wajib.

Saya, “Korang, apa cerita??"

Potpetpotpetpotpet.

Dalam perjalanan ke Putrajaya, sebagai perempuan, mulut kami mesti mengomel dengan pemandu-pemandu di sekeliling.

Tiba di rumah Kin, kami disapa tenang oleh ibunya, Aunty Zaiton.

Ye, kami sleepover di rumah Kin. Tu la pasal, macam budak-budak, kan?

Di rumah Kin, pada waktu malam, kami disajikan hidangan MEE REBUS MELETUP Gazebo and Tahu Bakar. Memang sedap. Sampai sekarang saya berangan nak makan lagi.

Nota: Mee Rebus itulah, merupakan titik permulaan perjalanan mencari makanan oleh kami,sebenarnya.

Malam itu, Fairuz di soal siasat dengan keras oleh saya, sambil barang-barangnya telah disita buat sementara waktu oleh Kin.

Isya “Susah kawan dengan budak-budak Law…”

Cerita Fairuz selesai, cerita Isya pula..kemudian, cerita pelan kami hendak ke Utara…kami bertukar-tukar cerita. Satu benda yang saya suka pasal mereka ini, meraka tidak suka bercakap mengenai orang lain. Senang cerita, tidak mengumpat, ini serius.Fokus hanya kepada kami berlima, Na, Kin, Isya, Dyan dan Fairuz.

Kagum, bukan? Tapi itu adalah mereka. :) Gosip kami hanyalah gossip mengenai diri kami sahaja. Kami bercerita pasal kerja, pengalaman manis yang tak dapat dilupakan, dan juga pengalaman pahit sepanjang tempoh kami berjauhan antara satu sama lain.

Tidak ketinggalan, bercerita pasal pelan esok pagi.

Pelannya, mahu gerak 8am. Tapi, sarapan pagi yang enak membantutkan perjalanan kami. Nasi lemak daun pisang yang dibeli oleh Aunty Zaiton. (Mak jangan risau, Mak punya nasi lemak masih yang paling meletup).

Pelan digubal semula, potpetpotpet “Sedap…mana beli..potpetpotpet…sambal ni sedap weehhh…potpetpotpet…alergi tak boleh makan telur la kita, awak nak amek tak?...potpetpotpet…”

Kami gerak pukul 9.25am,detour di beberapa tempat, tukar pemandu, tiba lebih kurang pukul 11.40pm.

Di samping itu, sepanjang perjalananm kami dengan rela hati men ‘torture’ diri kami dengan lagu –lagu zaman sekolah rendah dan menengah.

Lagu favourite “Opps, I Did It Again” Tengok rear view mirror, mulut semua terkumat kamit gagah mendendangkan lagu itu. Kalau boleh, bagi red cat suit Britney pakai pun, mereka mesti orang yang pertama angkat tangan, teringin.

Konon, dulu sekolah tak nak mengaku dengar Britney, tak COOL, rupanya, diam diam ubi menyanyi wehh.

Melaka sangat padat. Jam sini sana. Oleh sebab itu, kami sepakat untuk pergi ke tempat tinggal kami, iaitu rumah ke-2 saya, di Melaka Perdana, Ayer Keroh.

Rumah berhabuk, penat. Mereka, walaubagaimanapun, sangat komited dalam kerja-kerja menyapu lantai rumah.

Sampai di bilik TV saya berkata “ Haish, lupa bawa kad Astro!... Padahal takda orang pun kat Setia Alam tu haaa…Isya pun familinya tiada”.

Nasib baik, DVD ada. Talentime Yasmin Ahmad memeriahkan suasana family hall rumah Melaka.

Bersambung…..

No comments: