Disebabkan aku sayang UUM dan sayang bakal junior-junior aku yang aku pun tak kenal (ha, 1 Oct. 2011 aku konvo, btw), inilah hasil aku di kala kebosanan.
Peringatan: Tips ini boleh di aplikasikan oleh semua calon-calon pelajar UUM, tak kira la Law ke, INTAFF ke, BIBM ke, I dont care. Its all up to you. Dan oleh sebab tidak mahu nampak formal, mahu ringkas dan funky, rojak is the language!
1. A Dalam Genggaman
ye la, A.
A
A
First day kau masuk hutan sintok, kau kena tanamkan semangat nak kumpul A banyak-banyak dalam slip keputusan peperiksaan kau. Semester 1 ada posibility kau dapat banyak subjek-subjek teras yang sub topik nya inter related. Serius aku tak tahu kenapala perlu ambil banyak sangat subjek teras. Zaman aku, 2007, freshie kena ambil 3 papers yang memang bersangkut paut. Patut ni la subjek yang kau kena target dapat A. Kira kalau budak Form 6 ni, paper semua ni bersangkut paut dengan Pengajian Am.
Kenapa kau kena dapat A? Pasal nanti dah 3rd year, 4th year, orang cakap (orang cakap, bukan aku yang cakap) susah nak dapat A. Honestly, bagi aku, 3rd year and 4th year yang telah memberi aku sinar harapan dapat result yang Alhamdulillah. Well, maybe the subjects were super interesting. (Ie: Family Law, Industrial Securities Law, Evidence, etc). So, again, since everything is still blur, you never know your future, why dont you get your A's as soon as possible, kan?
Tekan kan sekali lagi,
A
dalam
Genggaman.
dalam
Genggaman.
Print besar-besar, letak kat locker korang, gambar gengaman tangan, tulis besar-besar, "A dalam Genggaman.
Tapi, kau genggaman sampai urat terputus pun, kau tak buat apa-apa, library tak pernah masuk, buka portal library still mintak kawan, sorry la, A bukan dalam genggaman.
And yes, this is university. Tak ada zaman tuisyen dah, OK. Aku cadangkan korang duduk la tempat yang strategik dekat kelas. Depan ke belakang ke, tengah ke, asal tempat yang kau tahu kau boleh bagi full attention... tak kisah la kau dengan 100%, masuk 20%, asalkan tempat tu kau tahu bila kau duduk, kau tak distracted dgn alam sekeliling . Kalau aku, aku suka duduk tengah, kira koordinat memang tengah la.. tapi yang kiri atau kanan aku tak ada orang or tak ada kerusi..aku nak keluar ke tandas, nak letak bag, senang! BFF kau jauh dari kau, tak apa, nanti lunch kepit la dengan depa. Yang penting, kau selesa dan kau tahu tempat tu bagi kau full attention. Ada sesetengah manusia kelas aku duduk kat belakang, tapi result meletop. So, it depends.
Kenapa aku cakap macam ni, pasal aku rasa, orang pandai macam mana pun, kalau masuk Uni or specifically, budak law, tak pergi kelas, and tak pernah/jarang dengar lecture, susah nak score. (Kecuali, ada satu makhluk Allah pernah cerita kat aku yang dia merupakan PELAJAR NO 1 (Akedamik)) dalam batch, dan juga PELAJAR No1 TAK DATANG KELAS) .
Ingat, Nak faham bahasa judges yang suka bagi ayat -ve plus -ve. contohnya : ayah tak suka tak makan nasi, (of which they can easily say: ayah suka makan nasi). takkan la kau nak hadam semua ayat judges yang suka bagi cases yang atlast, depa sendiri pun confused. hahahahaha.So untuk mengelakkan kecelaruan, datang la kelas. lambat ke tak, faham ke tak, itu tolak tepi. kau datang biar lecturer tau yang kau student dia orang. so nanti nak tanda paper, dia boleh imagine la muka kau, sejuk sikit la nak tanda, bila sejuk, A dalam genggaman!
Ye, cakap pasal men-digestkan bahasa hakim-hakim, untuk dapat A kau kena rajin membaca. Ni Law, bukan Math. Ni law, bukan Fashion Design, dimana pentingnya kreativiti dan ilham untuk kursus sebegitu. Kau tak pernah kan, dengar orang cakap "Oh budak law, mesti kau suka melukis".
Pernah tak? Tak, kan?
Kenapa kena A? Ye memang orang cakap A tak penting, nanti kerja tengok tabiat. Tapi logiknya, takkan la majikan nak ambil student takat kumpul cukup makan ye dok? Obviously, dapat A ni macam batu loncatan.. lagi senang dan cepat dapat kerja/ place 4 pupillage. Tapi nak tahu kau dapat maintain sikap bekerja dengan tekun, however, bukanlah A yardstick nya..
So,getting A's is good because: For the sake of your future. Nevertheless, one should remember that, it does not stop here....As must come will B.
What is B? Ah later la aku update. Nak siapkan kerja hadiah dari Master di hujung minggu. -_____-".. minggu yang abang aku nak nikah. Nice.
p/s; ye selalu aku letak lirik lagu, tapi kali ni aku nak letak lain. Tekan ni.
Oh yeah, aku akan dapat kakak, very soon!

0 craps and facts:
Post a Comment