Monday, January 2, 2012

3. C

C is for CHANGLUN.

Isn't that obvious?

Honestly, I love Changlun.

The best cendol would be near Kampung Darat/Jalan tikus ke CMART..... well, I should make a map to explain where it is. They sell cendol pulut (pernah makan sekali, not my taste), Mee Kari, dan the normal cendol.. The Makcik is an otai Makcik yang buat semua dari rumah dia sebelah kedai. haha... even once, the Makcik let us to use her Batu Tumbuk. Blame it on our fat stomachs, rumah Auntie Lin time tu tak ada batu tumbuk, pinjam la dia..hihi.. Terima Kasih makcik, jasa mu akan kami sandarkan pada kenangan.

The cheapest hair cut you can find in Changlun is bawah jambatan. (ganas wei, Ahmoi tu gunting rambut, once i brought Mak to trim her hair there, she said "Gunting la tempat lain, ganas nya dia ni") Ahmoi ni jangan main-main. Anak dia seorang lelaki, rajin buat homework, pukul 4.00pm dah menelaah. So pada satu hari, pergi la ke kedainya, dengan hajat nak men-terim rambut. Tengah khusyuk dia trim rambut saya, datang la anak dia, cakap Mandrin, tanya perihal kerja rumah. mak dia jawab. Datang lagi sekali, Mak dia jawab, sambil tengking. Datang kali ke tiga, mak dia terus tampar.

Yang peliknya, walaupun mak dia dah tampar dan budak tu menangis punyalah sedu sedan, dia kembali ke mak dia, tanya lagi. mak dia geram, mak dia tampar, dia, tarik rambut dia, dan cakap apa entah, tarik mulut dia, telinga dia.....

Dan budak tu pun, meraung dalam 3 minit, keseorangan, meracau-racau dalam Mandrin. Akak dia, tengok dia, gelak-gelak. Lepas 3 minit lebih kurang, dia datang balik kat mak dia, mak dia bagi hadiah penampar, sambil ketap bibir. Punya la semangat.

Yes, I was at the shop. Lepas tu, taubat dah tak mahu datang lagi. Come to think of it, I should have just made a report. And yes, the Ahmoi managed to trim the hair according to my instruction, Alhamdulillah.

Dekat Changlun ada car wash. Ada yang masuk duduk dalam kereta, mesin yang basuh, ada yang manual yang basuh. Aku suka yang manual. So satu hari pergi la bersuaka (suaka la sangat, lebih kepada pergi makan) dengan depa. Si Farrah nak basuh kereta. So, basuh la kereta, sambil baca Harian Metro. Esok hari, macam biasa, nak singgah CMART, beli tisu/irrelevant things/nak aircond pasal Sintok panas/masuk Watson for no reason at all.(Itu normal, Watson tu dah macam 2nd home.) Lepas tu, drive la lalu Kampung Darat, dan kami toleh ke kiri, kelihatan Kedai Car Wash dah tak ada!!!

Serious, dah tak ada. Tinggal Atap zink 2-3 keping je. Dalam masa 24 jam, Car Wash lenyap! Magis sungguh. Terkesima, terkedu, dah tak tahu nak buat apa, tak sempat cakap selamat tinggal pada Uncle Car Wash yang selalu provide Harian Metro ketika nak tunggu kereta, pada anak dia yang gigih buat kerja sekolah ditemani mak beliau yang dedikasi bukan macam yang tampar anak dia tadi tu,

Dekat Belakang Pokok Ceri ada Char Kuew Teow sedap. Bersih la jugak, dan ada banyak kucing. Masa zaman Kedah banjir, ada la sempat makan kat situ 2 kali.Dapat udang gemuk-gemuk Pelik pun ada.

Dekat Changlun kena tahu kedai buka pukul berapa. Pasal depa buka ikut suka hati, kecuali 7eleven. Ada buka 10am, ada buka 2pm. Memang ikut hati, Dan Jumaat memang depa tutup, kecuali CMART.

Di Changlun juga, ada pelbagai jenis manusia. Ada satu orang gila ni, stylo la juga dan selalu bawa Milo Ais, gengam plastik Milo Ais (eh, tak pernah rasa, teka je), jalan-jalan, angkat tangan, sengih, bebel sorang-sorang..pernah nampak dia cakap dengan anjing, muka confident.... Kalau nampak Auntie gila ni, otak mesti nyanyi lagu ni Nananananannannanaaaa (ATNM's anthem). Ada juga pelbagai matsalleh yang kadang kala jadi hitchhikers. 

JANGAN BAGI TUMPANG, BAHAYA.

Pasar Malam Changlun, kau kena tunggu musim durian/buah/puasa. Memang sakan, satu minggu boleh makan 3 kali durian. Lazimnya di Kachi, petang-petang musim durian, depa tak main badminton, depa buat pesta durian. Pasar Malam ni tak ada beza sangat, tak ada yang best, kecuali aku pernah beli Tetris ye, Tetris bagi mengisi masa lapang tunggu bas/lecture/lecturer/etc. Dan....Yong Tau Foo Pasar Malam, bagi aku, terbaik. Sos dia sedap, pedas dan pekat...tapi kena sabar, line panjang.

Cakap pasal Changlun, hang tak boleh lupa nak kaitkan dengan CMART. Tak ada CMART tak ada la Changlun.The glorious, super magnificent building would be C-MART. Walaupun KFC sekarang dah ada, aku rasa CMART nadi penggerak ekonomi Changlun. (Hek?) Dalam CMART ada CMART la, dia ni macam Tesco/Walmart/Coles/Giant tapi ni made in Malaysia. Gedung membeli belah..Dalam tu ada Watson, Fairy Bakery yang kau akan pergi beli untuk sambutan 'surprise yang dah tak surprise pasal tiap tahun mesti nak surprise, kan?' Bakery tu OK, affordable, dan aku pernah ada pengalaman pahit dengan Izzati pasal Bakery shop ni. Nak cerita pun tak sampai hati nak tunjuk kesengalan aku dengan dia. Biarlah rahsia.

Dalam CMART ada Cool Blog. Cool habis la tu. Memang habis pun, habis duit aku. Semester 8, lepas habis each paper, me and my girls (Insert: Nananananannanananana...ATNM anthem) akan bergegas ke CMART untuk Cool Blog.Aku dulu tak layan, konon tak KL la tu. Tapi tengok depa duk sedut-sedut pearl apa entah tu, so i tried. And I dislike the pearl drink, tapi suka ice lemon and soursope plus yogurt blended. After exam, bila minum rasa ....chileexxxxx. Kalau tak dapat kat CMART, kami pergi ke Mall UUM, ada Cool Blog di sana.  Kalau pergi Tesco Mergong, nak juga Cool Blog, sampai aku cakap kat orang tu la " Awak ni tak ada kad pelanggan setia ke?" Ni aku ni bila dah duduk rumah for good, Cool Blog ada je kat Tesco Setia Alam, Fisa bagitahu. Tapi tak pernah try, pasal sini ada Boost Juice, lagi best, lagi mahal, lagi pokai, minum 3 bulan sekali la boleh la kan...!

Oh yeah, tadi pergi check website Cool Blog, depa dah ada membership card. I dont know how it works, but, to UUM-ers, pergi la apply membership. Mana tahu, boleh dapat loket emas atau pun, paling koman, menang motor macam pakcik dalam Power Root...kan?

Macam ni..


So aku syorkan kau kenali Changlun, aman tempat tu, tak ada kesesakkan lalu lintas. Aku kalau terkandas di jalan, akan teringat detik detik indah tanpa kereta di Changlun. Changlun pekan koboi, orang dia pun memang rileks, pusing-pusing muka sama. Hargailah hidup di pekan koboi sebelum kau hadapi hidup di bandaraya metropolitan ini yang rata-rata nasi campur standard rm4.50, air sirap cekik darah.

Dan aku rasa cukup la buat kali ini. Ini edisi spontan.

Untuk juniors yang tengah exam, ALL THE BEST. :)

Ingat je la, setelah sukar, juakan senang. Ye, lirik lagu Hafiz, Watak.

1 craps and facts:

super-1 said...

ko tertinggal kedai cendol bawah jejantas yg menjual keuy tiaw goreng terbaik. hahaha nice post btw, aku akan bace lg skali tahun depan ! haha