Penulis dengan konfiden nya telah membuat bunyi 'Meowww'. Konon comel la kan.
Tetapi, sepantas kilat, X menerpa ke pintu biliknya (X sebenarnya dari meja, 'menelaah' SuJu), lalu menutup pintu.
Gedegaaaaaangggg.Bunyi pintu.
Semua diam.
Penulis sedikit jammed dengan tindak tanduk X.
Setelah berfikir sejenak, penulis teringat satu kejadian tempoh hari........
Maka tersebut lah kisah seorang rakan...rakan yang dikenali sebagai J dan K. J adalah teman sebilik X.
J sangat sangat tidak suka kucing. Tahap ketiga, jenis yang dah tak boleh tolerate langsung.
Pada suatu hari, J dan K pergi di KP, dengan memasang niat untuk menambah berat badan. Berat badan mereka, terutamanya J, adalah berat badan yang perlu di tambah , takut nanti jikalau ada ribut taufan melanda, J dan K yang akan melayang dulu, bersama-sama F.
Ha, yang F ni cerita lain...nanti.
Maka, mereka berdua duduk di satu meja, memandang jauh ke laut, sambil memikir lauk-lauk yang bakal dihidangkan sebentar lagi..Potpetpotpetpotpett....
Beberapa minit kemudian, kelihatan seekor kucing memanjat dengan gagahnya ke tembok berdekatan dengan meja mereka.
K dan J terkejut.
TERKEJUT SAKAN, sebenarnya. Macam Pendekar Musatar terkejut kena paku kat bilik Ros.Ha, macam tu la diorang terkejut.
Hahahahah.
Maka mereka mengomel-ngomel mengenai kucing itu, memasang niat untuk menghalaunya dengan penuh adab.
"shuuuu, shuuuu...shuuuuu"
Namun,
SEBELUM dihalau oleh mereka, kucing itu dahulu dengan KURANG adab, telah mengundurkan diri, dengan angkuhnya. Macam kucing reject ikan kau pasal dia dah kenyang, macam tu la muka kucing tu, rasanya.
K cakap "Muka kucing sombong gila, macam angkat kepala, pandang kitaorang, buat muka kerek".
Yang paling menyedihkan, aksi mengundur diri itu disudahi dengan kucing itu melakukan sesuatu kepada J, menyebabkan J dan K tergamam dalam beberapa ketika, dan terus menjerit sakan.
Aksi itu, memang setiap manusia pun tak boleh budget akan dilakukan oleh kucing kepada manusia..apatah lagi di khalayak ramai.
Mereka pandang sekeliling, kelihatan seluruh warga tempat makan itu memerhati mereka.
HAHAHAHAHAH. Biarlah si penulis sahaja yang tahu apa yang telah terjadi. Sila teka, sila uji minda anda.
Oleh sebab insiden ini berlaku, tahap ke-tidak sukaan J terhadap kucing telah di naikkan secara tidak rasmi kepada tahap ke-4.
Patut la X semangat betul tutup pintu biliknya, X nak protect J rupanya.
Good roommate, X.

p/s: Cerita insiden J dan K dengan kucing ini disampaikan oleh K kepada penulis dan N, di dalam bilik penulis, ketika teman sebilik sudah tidur. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa susah nya nak tahan gelak...

2 craps and facts:
confirm kucing tu berak. kan?
salah!
Post a Comment