Wednesday, March 9, 2011

terjerit

Satu hari, R F, Z H, dan I kelaparan, dan teringin pergi ke KFC. Mereka berlima mengajak B dan Y.

Sampai di KFC, seperti biasa, mereka berlima bersembang, dengan excitedly, tentang :
"Eh you nak makan apa?"
"I rasa nak amek cheesy wedges la"
"I nak amek snack plate"

Perbualan ini sebenarnya, selalu diulang, setiap kali mereka ke KFC. Sebenarnya, tak payah tanya pun dah tahu apa mereka berlima nak makan.
Kiranya, soalan-soalan yang diutarakan hanyalah untuk membakar masa. (To kill the time la kononnya).

Maka F berkata pada R "Eh babe, baju you lawa"
R jawab, "I beli kat bundle kot, tak silap, 1 bux..tapi tengok la ni ada banyak pin tudung i letak, takut tudung ni kan tudung licin"

Ada lebih kurang 5 pin bulat di tudung R.

Lalu mereka berlima bergelak sakan, rasa jammed kenapa R cakap pasal tudung ada 5 pinbulat.

R pun menoleh ke cermin gelap di sebelah nya (cermin dinding KFC yang gelap tapi transparent), dan dengan excited nya berkata "Ha'ah weiiii banyak pin I pin tudung I"

Perlu tahu, ketika ayat "Ha'ah weiiii banyak pin I pin tudung I" itu di utarakan, badan R sedang berpusing ke arah mereka. R swings her body, excitedly, la, senang cerita.

Sila ambil tahu juga, bila R excited, suara R juga akan naik. Hipotesis nya adalah, semakin rancak perasaan di jiwa, semakin kuat suara R. Ini diperakui oleh ayah R sendiri.

Dan suaranya itu, TER hinggap di telinga Pak Cik yang tengah stress kerana kaunter KFC Jitra memang lambat.

Pakcik tu kemudian berkata sesuatu.
R terdiam, tanya Pakcik tu "Apa dia pakcik?" dengan muka blur, mulut nganga, rasanya.

Pak cik tu pun, dengan confident, berkata

"YOU TErrrrrRJERIT KAT TELINGA I"
(emphasize, terrr (gaya slang mat salleh) dan perkataan JERIT juga di emphasize kan oleh Pakcik itu) sambil badannya swing-swing ke kiri dan kanan, tangannya ala2 Usop yang dalam cerita Hantu Kak Limah, tapi Pak cik ni punya versi twinkle-twinkle little star....macam tangan 'ba, ba chak' yang kita suka buat kat budak kecil, buat number 5. ha, macam tu la..

R pun masih blur, hatinya berkata " Apa kes pakcik ni feeling-feeling betul ni..kot lapar banar jangan la mcam ni sengal nya.."tapi R tetap cuba untuk tahan gelak, kerana jammed dengan keadaan Pakcik itu yang sangat feeling-feeling mat salleh Jitghhhaa.

Bila di toleh ke sekeliling, kelihatan hampir seluruh pelanggan yang sedang beratur menahan gelak... Lagi-lagi H, Z, I dan F..sambil tangan mereka asyik sungguh melakonkan semula pergerakkan pakcik "Terjerit kat telinga I", tapi dalam silent mode.

Pakcik tu, pula, nak tengok belakang, tapi cover-cover tengok...kesian kat Pakcik tu...mesti seksa perasaan dia...

Tapi lagi seksa la kat kami yang menahan gelak...

Minta maaf la Pakcik, lain kali kalau nak buat 'lawak', jangan la buat dekat kami. :)

Dan minta maaf la pakcik, I terjerit kat telinga You. I tak sengaja tau..

Its something unpredictable, but in the end its right, i hope you had the time of your life. -Greenday

P/S: Just in case kalau bosan, read this.

0 craps and facts: