Define “peredaran zaman”.
Peredaran zaman means kids, age 3 and above attach to the Gadgets. Apa jadi kat Bantal Busuk?
2 of my girls have their own bantal busuk; named Boo Boo (rasa macam salah je ejaan ni) and Sayang.. yes they named them, it’s normal to do so (they said) haha. They talk to the pillow/small bolster like they talk to human being. They cry together with them. ( ‘them’ sounds too homo-sapiens).
For me, I substitute bantal busuk with cats. Meow. Once my roommate back in Uni heard me talking alone and got petrified over it. Macam aku tak pernah cuak tengok dia bangkit malam-malam cakap “lapar ayaq” and terus sambung tidur.
“Jalang (Idy named her), berapa kali ni nak makan ni? Dah gemuk, cukup cukup la tu, anak kau bagi dia yang makan laa”
“Weh, cakap dengan sapa tu???!!!” (muka horror, mata terbeliak, cakap laju laju)
Haha. Dia ingat aku cakap dengan saka ke what?
Anyways, back to the real agenda. Kids with gadgets. Yeah, so modern funky dan kebaratan.
I don’t mind kids to deal with the gadgets, and nope, I don’t envy them. In fact, I pity them. Era globalisasi menyebabkan kanak kanak sekarang punya cara enjoy dah agak materialistic.
When I was a kid, main petang was an obligation for the kids. Naik basikal pusing Taman Tun dengan Nana, rasanya I managed to do it 5 times, (and end up with 2 roti canai Mohsin tak nak dhall, nak kari dengan sambal). Pergi camping, 3 kali time sekolah rendah, buat sleepover khemah tidur luar rumah (Arwah U’ah and Nana menangis pasal takut so at last time subuh masuk tidur rumah Isya “-___-“ ), we did it more than once. Ikut lawatan sambil belajar sampai ustazah punya lengan baju kurung baru siap sempena lawatan itu, terkoyak masa masuk rumah hantu, so sad..
Bila nampak kereta Babah muncul, terus lompat riang, like “Ye ye Babah balik.”
Bila parents pergi function/dinner, AnJimin & I akan pesan skittles or say “Babah, beli la apa-apa”. The sound of the ice cream man made us happy and hyper. Now anney ice cream pun dah tak ada dah, kan , rasanya.. or maybe dah kurang??
Define; bliss. Zaman kanak kanak adalah bliss.
Zaman kanak kanak sangat colourful. Lagi lagi dulu macam agak tomboy. Tomboy yang suka menari, ok…. Dikir Puteri, segala lagu tradisional Siti Nurhaliza, Noraniza Idris pernah menari, boria, Hindustan , kadazandusun, matsalleh, semua layan. But still, suka tarian melayu. (Come to think of it, kenapa tak ada kelas tarian melayu di komersial kan , would be great if ada.)
Zaman kecik rajin tulis diari. Segala macam diari ada. Tiap tahun ada. Zaman kecik rajin tulis poem. Siap ada buku lagi share dengan Hilyah. HAHAHAHA, buku tu sengal, masih ada, selamat dengan aku lagi. Itu mana boleh buang, itu memori budak kecik innocent tak sabar nak membesar.
And I just perasan, kawan kawan yang rajin blog ni mesti orang yang dulu suka tulis diari, contohnya Hilyah yang bakal menjadi isteri hujung tahun ni. Aku tau dia suka tulis diari, pasal dulu time sekolah rajin bincang pasal semangat menulis.. kita orang siap buat mini novel lagi. Haha. Mak pun ada hadiahkan diari. Diari tu masih lagi wangi baunya.
Sekarang nak cari diari macam tu tak ada la. Yang ada, budak kecik blog and v-blog bagi satu dunia tahu. Tak thrill la dik.. tak dapat nak tulis “OMG, he’s cute, he’s my crush, like foreverrrr” and “hari ni merajuk dengan XY pasal dia tak bagi pun kita pencil lepas balik Florida” or “susahnya Kajian Tempatan tadi… kita janji lepas ini nak belajar bersungguh sungguh” guna pensel pastu padam balik, pastu poyo nak try guna pen, pastu bila salah, guna pemadam pen yang tak ada effect, lagi rosakkan kertas adalah.
And we believe that NOBODY will read our diary. Hahahaha, how innocent. Siap tulis kat first page “Dilarang Baca, Allah Nampak, DOSA!!!”
Dulu masa kecik, tiap seorang kitaorang kumpul buku setem. AnJul punya paling best. Aku still simpan aku punya pasal ada banyak setem berharga. Budak sekarang buku setem pun tak tahu, kot??
Dulu kecik Babah Mak rajin bawak pergi library Lake Club . Pasal library kanak kanak tu la aku tahu sejarah sultan Mahmud mangkat di julang, puteri Gunung Ledang, Hardy Boys, Charlie Chocolate Factory, Alice in Wonderland.
Cakap pasal buku, dulu hidup dengan buku cerita, seronok sangat. Layan semua jenis, dari Sweet Valley Kids, Sweet Valley Junior High, Sweet Valley High and The Unicorn Club, Sweet Valley Twins, Sweet Valley Twins and Friends. semua layan. Siap feeling-feeling buat Unicorn Club lagi. Aku jadi Amy Sutton, siap create tanda tangan. Dari Khatijah Hashim, buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (jumpa buku ni UUM 3 years ago weiii, EPIC! ), kisah kisah Nabi (favourite story is still Nabi Yusuf) sehinggalah ke 366 Cerita Rakyat, semua aku baca.
Zaman kanak kanak aku best. Zaman rancangan‘Adikku Sayang..dibelai dan dimanja’ masih wujud. Zaman main super Mario yang Mak pantau kalau terlebih main. Zaman Tetris , zaman game makhluk yang comel macam doraemon naik air ballon yang sampai sekarang aku tak tahu nama betul dia apa tapi aku ingat graphic and lagu starting dia.
Now remind me, why kids nowadays prefer iPad, Twitter, Facebook?
I do know and acknowledge the fact that education is vital, but when we force the kids to read to the point hantar tuition pre kindergarten, my goodness, there must be something wrong in the society. We tend to treat kids like robots, no wonder they prefer to play with the robots.
Normal urban kids lifestyle:-
1. Pagi- sekolah
2. Petang- sekolah agama
3. Malam- tuition math 3 jam.
4. Sabtu ahad- Kelas ballet, KUMON, kelas music, kelas drama kelas Math 2, kelas tunggang kuda, kelas taekwando
And when they grow up, we want them to be a genius. WOW.
-----------------------
Aah, cakap pandai kan . Ada anak nanti baru la tau…Generation gap, katanya..
Nak salahkan parents pun tak boleh, pasal “crime rate is very high la, scary” macam firm mate aku cakap. Dulu orang takut Jepun nanti kena tembak if tali barut British, sekarang orang takut keluar pasal crime, yang orang kita sendiri (ada juga foreigners, FYI) buat. How ironic. Life ni macam roda,kan . Different people but it’s the same fear. Dulu Japanese catu makanan kitaorang pasal tak cukup, sekarang kita kena catukan makanan pasal harga barang mahal dan the market has been manipulated by the Capitalist. Different reason but it’s the same effect.
Its not that I am mad and criticize them for who they are. Options are limited now. Living in the city and kampong, both are not that safe anymore.Same saja, dua dua environment dah tak mandi sungai, layan Kardashians, baca BeautifulNara/9Gag. Both worlds will make us glue to the Idiot Box, because we don’t have options anymore. Tengok library yang ada sekarang, semput sendu je. I very sad, know.
But chill la a bit, please? Kardashians, Kimora, Bieber, your idols? Biar betul, adik adik. Aku dulu kuat berangan la jugak. Semua nak pakai lipstik, main perfume emak, semua laaah. I listen to BSB, NSYNC and all that, but I had my ego, malu seyh nak ngaku Howie –D as my idol back then. (semua kutuk Howie D dulu..) Macam tak cool. Rasanya tak ada la yang menangis sedan sendu hiba wuu wuuu bila Westlife datang Malaysia . Rasanya la...
My idol when I was a kid, was ………Rafidah Aziz, seriously, I mean, dude, cool kot, International Trade Minister was a lady… I even wrote it in my Buku Skrap.
Ye, seriously, siap dengan pearl. And trust me, i wasn't a nerd/geek back then.
P/S; This post is made right after a stressful week at work. It’s obvious that I miss writing, macam Farrah cakap kat blog dia. Dulu kat Uni rajin cerita dengan kawan-kawan. Sekarang cerita la dekat Blog.. Post ni juga setelah baca judgment case National Bowler dan kes budak kecik buat duck face every 3 second in her video and yes, Singapore ’s Prime Minister’s amazing speech about having a balance life style. So excuse me of my random ramblings.

No comments:
Post a Comment